makmalskserkat

Tuesday, March 28, 2006

SK Serkat



PROFIL SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Serkat terletak di Serkat, Pontian. Sebelum sekolah yang ada sekarang didirikan, penduduk kampung telah bekerjasama untuk mendirikan sebuah sekolah di sebelah darat (utara) atau lebih dikenali oleh penduduk Serkat sebagai “ Sekolah Darat” .

Pada tahun 1917 , hanya terdapat 44 orang murid dengan seorang tenaga pengajar. Cikgu Lasim Bin Boher adalah guru pertama yang berkhidmat memberikan pelajaran dan didikan kepada anak bangsanya di kampung ini.

Pada tahun 1925, Jabatan Pelajaran Johor telah membina sekolah yang baru bagi menggantikan sekolah lama yang agak kurang sempurna keadaannya. Bangunan sepanjang 120 kaki dan selebar 24 kaki boleh dikatakan agak selesa pada ketika itu. Sejajar dengan pertambahan murid dari setahun ke setahun, Jabatan Pelajaran telah menyambung bangunan tersebut menjadi sepanjang 160 kaki.

Sejarah sekolah yang agak lama telah melakar pelbagai peristiwa serta kenangan. Ramai di antara anak didik sekolah ini yang telah menjadi insan-insan yang berjaya. SK Serkat kini dilengkapi dngan pelbagai fasiliti selaras dengan perkembangan pendidikan nasional. Dengan kemudahan-kemudahan seperti makmal komputer, makmal sains, bengkel kemahiran hidup, surau serta kelas prasekolah yag lengkap, diharapkan sekolah berjaya menghasilkan generasi yang berkualiti.


VISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Serkat Cemerlang menjelang tahun 2008.


MISI SEKOLAH

Meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah serta nilai murni menerusi pengurusan dan pentadbiran yang berkualiti, pengajaran dan pembelajaran yang efektif serta persekitaran sekolah yang kondusif dan ceria.


FALSAFAH SK SERKAT

Guru-guru dan kakitangan sekolah adalah merupakan sebuah keluarga sekolah yang bekerja sebagai satu pasukan dalam apa jua tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada pihak sekolah.

Bahawasanya setiap murid sekolah ini berkeupayaan dan berpotensi untuk maju dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani. Guru-guru adalah berkelayakan dan berkeupayaan utuk membimbing setiap murid secara professional dan sekolah mempunyai kemudahan yang mencukupi.

Murid-murid harus diberi peluang melibatkan diri dalam apa jua bidang yang diminati yang mana penglibatan dan penguasaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum hendaklah diberi perhatian yang sama rata selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home