Profil diri
PROFIL DIRI
Saya bernama Nanie Idayu Bt Mohd Roslan, bakal mencecah usia 25 tahun pada 20 Mei 2006 nanti. Dilahirkan di daerah Batu Pahat, merupakan anak pertama dari empat orang adik beradik.
Bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Serkat, Pontian bermula pada 3 Januari 2006. Sesungguhnya saya tak pernah menyangka cita-cita menjadi seorang guru akan termakbul, terutamanya setelah permohonan untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda dalam bidang pendidikan ditolak kerana ditawarkan untuk mengikuti kursus lain.
Walaupun dilahirkan di negeri Johor, tetapi saya tidak berpeluang bersekolah atau menetap di negeri ini sewaktu kecil dahulu. Sebagai anak kepada seorang anggota polis, tentunya kami menjalani cara hidup yang berpindah-randah. Kebanyakan masa kecil saya dihabiskan di Kuala Lumpur apabila bapa saya ditugaskan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

Mendapat pendidikan awal di SRK Jln Padang Tembak 1, kemudian menyambung pengajian menengah di SM Puteri Wilayah. Selepas PMR, saya berpindah ke SM Teknik Tg. Ampuan Afzan, Bentong. Perjalanan diteruskan lagi ke Kolej Matrikulasi Melaka bagi mengikuti program matrikulasi Sains Fizikal dan seterusnya bersambung pula ke Universiti Malaysia Sabah mengikuti pengajian Sarjana Muda Kimia Industri. Apabila ditawarkan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Batu Pahat, hati saya melonjak riang. Dan kemudian apabila ditempatkan mengajar di daerah Pontian, terbukalah peluang untuk saya berkhidmat di negeri kelahiran setelah sekian lama merantau di tempat orang…Alhamdulillah.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home